Saturday, August 29, 2009
PUASA RAMADAN
ADAKAH PUASA ANDA MEMBERI KESAN PADA DIRI?..
Ramadan datang membawa 1000 makna. inilah sebaik-baik bulan yang dalamnya terkandung rahmat Allah yang tidak terbilang, tetapi adakah ibadah kita sepanjang bulan mulia ini membawa kesan yang baik pada diri?..adakah kita dapat merasakan perubahan positif pada sikap dan akhlak?..dan adakah kita dapat rasakan erti sebenar daripada ibadah puasa yang kita tunaikan setiap kali menyambut Ramadan
Mungkin sukar untuk anda menjawabnya, tetepi beberapa soalan berikut boleh membantu anda menilai kualiti ibadah puasa kita yang lepas-lepas dan membaikinya pada Ramadan kali ini
adakah anda
- dapat selalu bersegera menghadap Allah apabila masuk sahaja waktu solat?
- lebih khusyuk dan tertib dalam solat?
- sentiasa mengigati Allah apabila mendapat nikmat
- selalu merendah diri?
- selalu berasa berdosa dan segera bertaubat
jika anda menjawab YA bagi soalan-soalan di atas, Alhamdulillah. latihan puasa anda memang berkesan.
seterusnya tanya pada diri, adakah anda
- suka melengah-lengahkan waktu solat atau tidak solat langsung?
- tidak serius dalam melakukan ibadah
- menjadi seorang yang cepat marah dan panas baran?
- cepat nampak kesalahan orang lain?
- tidak bersungguh menjaga mata, telinga dan mulut daripada perkare maksiat dan sia-sia
JIKA ANDA menjawab YA bagi kebanyakan atau kesemua soalan tersebut. Ini bermakna anda hanya mampu berpuasa menahan lapar dan dahaga. bukankah berpuasa itu yang utamanya ialah untuk mengekang nafsu.
BAGAIMANA
ini cuma penilain kita. Penilain Allah maha halus dan tidak boleh disorok-sorok lagi. Namun ada juga baik nya kita berazam untuk bertaubat lebih baik lagi pada Ramadan kali ini
Labels: RAMADAN
Posted by Arsyad at 2:57 PM
Akulah
simple itu aku
suke bkawan tapi malu
aQ single ♥
sukan itu besh
futsal idop aQ
janji enjoy!

pelawat
Member