Friday, October 23, 2009

kau dan aku

sekian lama kita bersama
sekian lama kita berpijak di bumi nyata,
pelbagai onak duri,
kita tempuh berssama,
walau jalanya lurus,
mahupun berliku,

sekian lama kita bersama
pelbagai dugaan kita harungi bersama
hanya maut menjadi lambang cinta sejati,
namun,kita tetap bersama,
kita tetap tempuhi jua,
sedangkan,
lidah lagi kan tergigit,


kini,
kita tidak lagi bersama,
segala kenangan,
menjadi duka di hati,
segala sukaduka,
menjadi noktah dalam hidup,


walaupun,
jatuh cinta itu,
permulaan segala kurumitan,
tetapi cinta,
tidak akan merosakan hidup seseorang,


cinta jadi mulia,
jika,
cinta pada kebenaran,
namun,
gagal dalam bercinta,
bukan gagal dalam hidup..


sekian terima kasih kerana membaca

Labels:

Posted by Arsyad at 9:23 PM

sajak PALESTIN

setelah sekian lama,
kita tinggal di bumi ini,
setelah sekian lama,
kita tinggal di negara Malaysia yang aman,
tetapi,
apakah yang terjadi di luar sana,
kita hanya tahu tentang kemerosotan ekonomi sahaja,
sedangkan,
banyak negara luar di sana,
masih mencari kedamaian,


kini,
61 tahun Palestin masih mencari,
mencari-cari kedamaian,
tetapi,
rejim zionis laknatullah,
tidak mengerti kedamaian,
mereka hanya,
anjing tunggangan Amerika Syarikat,


sudah ratusan tahun,
para mujahid Palestin syahid,
demi kedamain,
remaja turut mengangkat senjata,
mencari kedamaian,
peluru melintasi kepala,
senjata api memuntahkan peluru,
menembusi tubuh para mujahid Palestin,


si hawa berlari,
menyelamatkan diri,
namun,
ada juga yang sanggup syahid,
yang terbujur kaku ditimpa bagunan,
yang dibedil zionis,
bayi-bayi kecil menagis,
dibunuh dengan kejam,


hari ini,
media massa terpampang khabar Palestin,
hanya sebahgian dunia simpati,
namun,
bakinya tiada langsung simpati,
jauh sama sekali,


islam..
bagunlah..
bagunlah wahai islam,
dan bantulah,
bantulah negara mu yang kian ditindas,
yang acap dizalimi zionis laknatullah,


ya Allah,
engkau bantulah umat islam di muka bumi ini,
agar mereka harmoni dan bahagia,


sekian terima kasih kerana membaca ;D


Labels:

Posted by Arsyad at 9:17 PM